fbpx

Carlos Sainz berdepan penalti di GP Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINZ dikenakan penalti 10 petak ke belakang selepas Ferrari membuat keputusan menukar CE pada jenteranya menjelang saingan di GP Perancis malam ini. – AFP

PARIS – Pelumba pasukan Ferrari, Carlos Sainz dikenakan denda 10 petak penalti menje­lang perlumbaan Grand Prix (GP) Perancis pada malam ini kerana mengubah unit kawalan elektronik (CE) pada jentera melebihi kapasiti yang ditetapkan.

Difahamkan, pengurusan teknikal Ferrari membuat keputusan untuk melakukan perubahan CE pada jentera milik Sainz buat kali ketiga melebihi syarat yang ditetapkan sebanyak dua kali maksimum semusim.

Kata Sainz, keputusan itu dibuat selepas melakukan perbincangan dengan pegawai teknikal pasukan dan percaya perlumbaan di Litar Paul Ricard adalah masa yang sesuai untuk menambah baik jentera.

“Kami telah meneliti banyak pilihan sebelum ini dan selepas berbincang, sekarang adalah masa yang sesuai untuk menambah baik dengan menukar CE bagi memberi kuasa tambahan pada jentera untuk perlumbaan kali ini,” katanya.

Pelumba kelahiran Sepa­nyol yang berjaya menjuarai GP Britain awal bulan ini mengakui pasukan sudah memiliki perancangan tersendiri dalam usaha merekodkan keputusan positif pada perlumbaan minggu ini.

“Kita boleh lihat keadaan cuaca ketika ini cukup panas dan ia mungkin memberi kesukaran pada jentera khususnya melibatkan penggunaan tayar. Malah, litar di sini juga tidak memberikan keputusan yang positif buat pasukan sejak beberapa musim lepas.

“Namun, Ferrari kekal yakin dengan potensi yang ada ke­rana momentum bergelar juara dua perlumbaan berturut-turut pada GP Britain dan GP Austria menerusi Charles Leclerc boleh diteruskan untuk kami menguasai musim ini,” kata pemandu berusia 28 tahun itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI