fbpx

Bayern Munich idam ikat Harry Kane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE dianggap pengganti yang paling ideal buat Bayern selepas mereka kehilangan khidmat Lewandowski. – AFP

MUNICH – Ketua Jurulatih Ba­yern Munich, Julian Nagelsmann tidak menolak peluang untuk menyambar khidmat ‘mesin gol’ Tottenham Hotspur, Harry Kane sebagai pengganti kepada Robert Lewandowski.

Gergasi Jerman itu merasakan Kane, 28, adalah calon paling tepat mengisi kekosongan ditinggalkan Lewandowski, 33, yang kini sah menyertai Barcelona.

Bagaimanapun, Nagelsmann, 35, berpendapat, ia tidak akan berlaku dalam masa terdekat walaupun kapten England itu pernah meluahkan keinginannya untuk mencari angin baharu pada awal musim lepas.

“Masalah utama ialah harga Kane terlalu mahal, tetapi dia seorang pemain yang hebat. Dia bukan sahaja boleh bermain sebagai penyerang tengah tetapi juga di posisi No.10.

“Dia boleh menjaringkan banyak gol di Bundesliga. Saya tidak tahu harga sebenarnya, tetapi ia bukan tugas mudah buat Bayern. Cumanya kita tunggu dan lihat pada masa depan,” kata Nagelsmann.

Difahamkan, Kane kembali menemui keseronokan beraksi dengan Spurs di bawah bimbingan Antonio Conte apabila mereka dilihat berada pada landasan tepat untuk menamatkan kemarau kejua­raan pada musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Oliver Kahn juga meluahkan keterujaannya dan menganggap sebagai ‘perpindahan idaman’ jika berjaya menyambar khidmat Kane.

“Sekarang dia masih ada kontrak bersama Spurs. Namun, saya tak nafikan dia seorang penyerang yang hebat dan idaman buat semua pasukan,” jelas penjaga gol legenda Bayern itu.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI