fbpx

Bangun pagi letih dan sakit tekak simptom utama Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Simptom kelesuan dan sakit tekak adalah simptom Covid-19 yang tidak ada pada demam selesema biasa. - Everyday Health

LONDON – Seorang pakar kesihatan memberi amaran kepada orang ramai untuk menganggap mereka dijangkiti Covid-19 jika bangun tidur dengan dua simptom yang jelas, lapor akhbar Mirror UK, kelmarin.

Dua simptom tersebut adalah kelesuan pada waktu pagi walaupun selepas tidur nyenyak dan sakit tekak adalah tanda jelas bahawa anda mungkin dijangkiti virus tersebut.

Profesor Tim Spector berkata,  sakit tekak dan keleseuan lebih kerap dilaporkan pada penghidap koronavirus berbanding selesema biasa.

“Jika anda memiliki dua simptom ini anda harus anggap ia adalah Covid-19 dan mulakan langkah seterusnya iaitu menjalani kuarantin.

“Gejala Covid-19 dan selesema adalah hampir sama kecuali dua iaitu rasa lesu dan sakit tekak maka sebaiknya anggap ia adalah Covid,” tulis Spector di Twitter.

Kajian baharu mencadangkan bahawa subvarian Omicron BA4 dan BA5 baharu adalah lebih mudah menembusi sistem pertahanan badan manusia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI