fbpx

Ariff Bahran timang anak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIFF BAHRAN selamat menimang anak sulungnya pada pukul 3.32 pagi tadi.

PETALING JAYA – Penyanyi Ariff Bahran kini bertukar menjadi seorang bapa apabila isterinya, Amirah Syazwani Mohd. Ridzuan, 28, selamat melahirkan bayi sulung pukul 3.32 pagi tadi.

Arif atau nama sebenarnya, Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari berkongsi berita menggembirakan tersebut menerusi satu hantaran Instagram sebentar tadi.

“24/7/2022 – 3.32am. Alhamdulillah, kami sangat berbangga dengan anda, anak lelakiku,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Turut disertakan menerusi hantaran tersebut sekeping foto Ariff sedang memangku anak sulungnya itu termasuk sebuah video pendek momen isterinya sedang menenangkan anaknya yang baru dilahirkan.

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan peminat dan rakan artis mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan Ariff sekeluarga.

Terdahulu, Ariff, 24, dan Amirah Syazwani mendirikan rumah tangga pada 3 September, tahun lalu di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam.

Perkahwinan Ariff dan isteri dirahsiakan daripada pengetahuan umum selama tiga bulan dengan alasan tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak termasuk disebabkan kekangan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19.

Berita perkahwinan mereka diumumkan ketika siaran langsung malam Anugerah Drama Sangat 2022 yang dikendalikan Ain Edruce dan Nabila Huda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI