MESKIPUN bukan berstatus selebriti, namun disebabkan bapanya seorang pelakon, sedikit sebanyak anak kepada Azhar Sulaiman, Leona menjadi perhatian dalam kalangan netizen.
Ini bukanlah isu baharu sebenarnya. Leona sudah berkali-kali ditegur, malah dikritik netizen kerana penampilannya yang terlalu seksi.
Waima dihentam termasuk ada yang menasihatkannya dengan pelbagai perkataan, nampaknya Leona seperti ‘masuk telinga kanan, keluar telinga kiri’.
Memang Diva tidak nafikan penampilan Leona memang sangat dan keterlaluan seksi.
Netizen pun sudah ‘berbuih’ mulut menasihati Leona supaya berpakaian lebih sopan memandangkan statusnya sebagai anak seorang pelakon dan juga beragama Islam.
“Dahulu saya minat awak. Awak cantik tapi tutuplah aurat,” tegur seorang peminatnya.
“Islam ke?” perli seorang lagi peminatnya.
Diva tidak mahu komen lebih-lebih. Sebab Diva sendiri pun tidaklah warak sangat.
DIVA: Siang malam dalam kepala asyik berkumandang lagu Casablanca.