fbpx

4,816 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 4,816 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam dengan dua kes import berbanding hanya 3,880 kes kelmarin yang menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia sebanyak 4,611,066.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 879 kes aktif Covid-19 telah direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes aktif sebanyak 49,547 kes dan sejumlah 3,928 kes sembuh juga telah direkodkan semalam.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,249 kes diikuti Kuala Lumpur (1,031), Perak (324), Sabah (243), Negeri Sembilan (214), Pulau Pinang (186), Melaka (117), Kedah (115), dan Johor (85).

Turut menyumbang kepada jumlah kes harian semalam adalah Putrajaya (65), Pahang (56), Sarawak (53), Kelantan (32), Terengganu (19), Labuan (18) dan Perlis (sembilan),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak 10 kematian dilaporkan semalam dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,902 dan BID 7,623.

Sebanyak 47,932 kes dikuarantin di rumah, 31 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,535 kes di hospital, 21 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 28 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI