fbpx

TRIS jejak pelarian di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah (dua dari kiri) menyerahkan surat keputusan permohonan kewarganegaraan kepada salah seorang daripada 20 penerima di sesi townhall Program Kita Demi Negara di Batu Kurau hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS

BATU KURAU – Pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) perlu mendaftar dengan Sistem Maklumat Pengesahan Pelarian (TRIS) yang telah diluluskan pelaksanaannya oleh Jemaah Menteri semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pendaftaran pelarian itu sekali gus membantu kerajaan untuk mendapatkan jumlah sebenar golongan tersebut di negara ini.

“Apabila menggunakan TRIS, kita akan tahu kedudukan pelarian di negara ini, di mana mereka tinggal. Jadi apabila golongan itu mahu bekerja atau buat sesuatu, kita akan tingkatkan polisi-polisi yang bakal diluluskan Majlis Keselamatan Negara,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri sesi townhall di Program Kita Demi Negara di sini hari ini.

Kita Demi Negara merupakan program dilaksanakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang membawa slogan Negara Kita, Keselamatan Tanggungjawab Bersama bagi meningkankan kesedaran masyarakat tentang keselamatan negara melalui ‘whole nation approach’ ke arah Keluarga Malaysia yang aman dan sejahtera.

Pada masa sama, menurut beliau, TRIS sudah menjalani fasa percubaan sejak beberapa tahun lalu, dan kelulusan diberikan Jemaah Menteri semalam membolehkannya dilaksanakan secara besar-besaran.

Dalam perkembangan lain, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) berkata, beberapa buah syarikat telah dilantik bagi mencipta logo baharu PN yang akan digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Logo ini akan dipilih pada Mesyuarat PN yang akan datang,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI