PETALING JAYA – Tabiat suka memakan ais batu sememangnya akan memberi kesan yang buruk kepada gigi individu atau si pemakan ais batu tersebut.
Menerusi perkongsian @razzdental di laman sosial memaparkan keadaan gigi seorang pesakit gigi yang suka mengunyah ais batu.
Video berdurasi 15 saat itu, menunjukkan gigi pesakit itu rosak, kekuningan serta boleh dibelah dua disebabkan tabiat suka memakan ais batu.
Rata-rata penggemar mengunyah ais batu berasa risau melihat keadaan gigi pesakit itu akan menimpa diri mereka.
“Kenapa kita suka mengunyah ais batu, bagaimana untuk kita hentikan tabiat suka mengunyah ais ini?” soal @Eva G.
“Kesukaan itu (mengunyah) ais batu, bila tengok video ini tiba-tiba nak insaf makan ais batu,” kata @ainBella.
Sementara itu, menurut asta kena kejar kyubi, dia suka mengunyah ais batu sehingga membuatkan giginya berasa ngilu.
“Okay ini saya percaya, sebab gigi geraham saya dah ngilu nak makan sekarang sebab dulu suka sangat makan ais sampai retak tampalan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE