fbpx

Suami abai nafkah, alasan isteri kerja kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebilangan lelaki masih tidak tahu menjalankan tanggungjawab sebagai suami terutama melibatkan pemberian nafkah terhadap keluarga.

Pelbagai alasan diberi sekiranya isu itu diperdebatkan sehingga ada yang menjadikan kerjaya isteri dalam sektor awam sebagai sebab untuk lepas tangan.

“Isteri kerja kerajaan. Tidak perlu fikir soal bayar rumah, belanja bulanan kerana dia ada duit gaji sendiri setiap bulan”

Demikian antara alasan kaum suami seperti dikongsikan peguam syarie, Suriati Ghani menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

“Suami ambil kesempatan atas isteri yang bekerja kerajaan. Ada pendapatan tetap senanglah dapat elaun rumah. Tolak sahaja dari elaun isteri untuk kuaters,” katanya.

Menurut Suriati, sebagai suami adalah tanggungjawab mereka untuk bertanya kepada isteri adakah perlu untuk dibayar kembali jumlah elaun yang telah dipotong untuk kehidupan bersama.

“Jangan cuci kaki sahaja. Kena faham tanggungjawab walaupun isteri bekerja. Nafkah isteri tetap kena bagi,” pesannya.

Lebih parah, apabila segelintir keluarga mertua berpandangan menantu perempuan yang bekerja dalam sektor awam tidak perlu bergantung harap kepada anak lelaki mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI