PETALING JAYA – Gejala demam, batuk, selesema dan sakit kepala yang melanda penduduk terutama kanak-kanak menyebabkan bekalan ubat sukar didapati di kedai dan farmasi di seluruh negara. Selain premis tersebut, terdapat juga klinik yang kehabisan bekalan ubat-ubatan sejak hampir sebulan lalu. Antara ubat-ubatan yang kehabisan stok ialah ubat demam kanak-kanak, ubat batuk dan selesema serta antibiotik bagi rawatan demam dan batuk. Menurut Timbalan Setiausaha Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr. Mohd. Erhan Rahimi, masalah bekalan ubat sememangnya membelenggu golongan doktor…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya