fbpx

Posmen dipecat simpan surat di rumah, hantar pada hari cuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Walacy Ramos telah diberikan ganti rugi kerana pemecatan yang tidak adil. - Getty Images

LONDON – Seorang posmen sebuah syarikat kurier di Britain yang membawa pulang lebih 130 bungkusan ke rumahnya telah memenangi kes pemecatan tidak adil oleh pihak majikan, lapor akhbar Metro UK semalam.

Walacy Ramos dipecat oleh syarikat Royal Mail pada Februari 2019 selepas menyimpan surat-surat yang tidak dihantar di ruang tamu rumahnya tanpa kebenaran.

Bercakap kepada tribunal, Ramos memberitahu bahawa dia memilih untuk membawa troli berisi bungkusan itu pulang selepas berasa tidak sihat ketika bekerja pada suatu petang. Dia berhasrat menyelesaikan kerjanya pada hari cuti.

Bagaimanapun, dia kemudian dipecat selepas diketahui menghantar surat dan bungkusan di luar waktu kerja oleh rakan-rakan sekerjanya. 

Ramos akan menerima pampasan selepas berjaya menyaman syarikat itu kerana pemecatan yang tidak adil di tribunal pekerjaan. 

Dia bekerja untuk Royal Mail sejak 2012 dan sebelum ini diberhentikan kerja kerana mengalami tekanan dan serangan panik. 

Ramos mendapati dia sukar untuk menyesuaikan diri dengan jawatan baharu di pejabat penghantaran barang selepas dipindahkan pada 2018.

Dia meminta pihak pengurusan memahaminya berikutan insiden itu kerana masih belum pulih sepenuhnya.

Tribunal memutuskan Ramos dipecat secara tidak adil kerana Royal Mail tidak mengambil kira isu kesihatan mentalnya dan tindakan itu terlalu keras. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI