fbpx

Penjual ikan maut dalam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penjual ikan maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Kuching awal pagi tadi. : FOTO IHSAN POLIS

KUALA LUMPUR – Seorang penjual ikan berusia 18 tahun maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Kinabalu awal pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku pada pukul 2.45 pagi melibatkan kenderaan jenis Toyota Hilux, Honda HRV dan Honda CRZ.

“Pemandu berusia 18 tahun yang bekerja sebagai penjual ikan itu memandu dari pusat bandar menghala ke Jalan Kuching sebelum terbabas ke pembahagi jalan dan memasuki laluan bertentangan.

“Kenderaan mangsa telah bertembung dengan dua buah kenderaan jenis Honda HRV dan Honda CRZ yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, akibat pelanggaran tersebut, pemandu Toyota Hilux mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi.

“Sementara pemandu Honda HRV berusia 32 tahun mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan manakala pemandu Honda CRZ berusia 25 tahun tidak mengalami kecederaan.

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI