fbpx

Panda jantan paling lama hidup di bawah jagaan manusia mati usia 35 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AN AN dirakam makan snek di dalam kandangnya di taman Ocean Park di Hong Kong pada 19 Mei 2020. – AFP

HONG KONG – Seekor panda gergasi jantan yang paling lama hidup di bawah jagaan manusia mati pada usia 35 tahun di sebuah zoo di Hong Kong, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Keadaan kesihatan panda gergasi bernama An An itu merosot sejak beberapa ming­gu lalu apabila mula kurang aktif dan tiada selera makan. 

Perkembangan tersebut mendorong doktor haiwan membuat keputusan untuk ‘mematikan’ An An kelmarin, demikian menurut kenyataan Taman Hiburan dan Zoo Ocean Park.

Menurut Ocean Park, usia An An bersamaan dengan 105 tahun umur manusia. Keputusan sukar itu terpaksa diambil atas sebab-sebab kebajikan dengan rundingan bersama oleh pakar-pakar China.

Panda itu dilahirkan di habitat  liar di wilayah Sichuan, tanah besar China. An An adalah salah seekor daripada sepasang panda yang dihadiahkan oleh Beijing kepada Hong Kong untuk meraikan ulang tahun kedua penyerahan pulau itu oleh Britain pada 1999.

An An dan pasangannya Jia Jia menghabiskan sisa hidup di Ocean Park. 

Dua panda itu adalah pasangan yang dihormati. Jia Jia adalah pemegang Guinness World Records untuk panda tertua dan panda tertua hidup dalam kurungan sebelum mati ketika berusia 38 tahun pada 2016.

Purata jangka hayat seekor panda di habitat liar ialah antara 14 hingga 20 tahun, demikian menurut Tabung Hidupan Liar (WWF). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI