fbpx

Lima lelaki ditahan terlibat memproses air ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pokok ketum dan barangan yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Sungai Ara di sini semalam.

BALIK PULAU – Lima lelaki diberkas polis di sebuah rumah di kawasan perkampungan di Sungai Ara, Bayan Lepas di sini yang disyaki dijadikan `port’ untuk memproses dan membungkus air ketum atau lebih popular dengan panggilan ‘cakaroi’ semalam.

Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPD BD), suspek berusia antara 29 hingga 37 tahun itu ditangkap dalam satu operasi yang diketuai Ketua Polis Balai Bayan Lepas.

“Dalam serbuan tersebut, Polis Barat Daya telah menemui 200 bungkus disyaki air ketum yang siap diproses, dua bungkusan plastik hitam berisi daun ketum anggaran berat 10 kilogram (kg) serta alat-alat untuk memproses dan membungkus air ketum.

“Beberapa batang pokok ketum yang ditanam berhampiran rumah terbabit turut ditebang,” katanya di sini hari ini.

Kesemua tangkapan kini ditahan bagi membantu siasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI