fbpx

Lia ‘Kucu Kuca’ kini bergelar isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lia selamat bergelar isteri Arash pagi tadi.

PETALING JAYA – Baru sahaja membuat pendedahan sudah enam bulan bergelar tunangan orang, penyanyi Lia Aziz, membut kejutan baharu apabila melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan yang juga gitaris kumpulan Treehill, Arash Azimi pukul 9 pagi tadi.

Hanya dengan sekali lafaz penyanyi yang baru berusia 19 tahun itu  selamat bergelar isteri kepada Arash, 24, pada majlis pernikahan secara tertutup Masjid Al Amin, Puchong.

Lia atau nama sebenarnya Nor Alia Farzana Abdul Aziz, berkata restu kedua-dua orang tua membuatkan mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas lebih dua tahun mengenali hati budi.

“Kami sudah saling mengenali sejak lebih dua tahun lalu selepas bernaung di dalam syarikat rakaman yang sama iaitu Rusa Music.

“Ikatan pertunangan pula telah dilaksanakan pada 22 Januari lalu. Jadi selepas perbincangan antara keluarga, kami pilih tarikh ini sebagai hari bahagia kami,” katanya.

Menurut pelantun lagu hit Kucu Kuca itu, majlis resepsi pula diadakan di Tropicana Golf & Country Resort Petaling Jaya, bermula pukul 7.30 malam ini.

“Majlis persandingan nanti akan dihadiri ahli keluarga terdekat dan secara kecil kecilan dan turut diadakan secara tertutup.

“Ia berikutan keperluan memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam langkah berwaspada dengan bilangan jemputan yang sangat terhad,” katanya lagi.

Terdahulu, Lia memuat naik beberapa keping foto dalam Instagramnya memberitahu sudah selamat bergelar tunangan orang sekitar Januari lalu.

“Alhamdulillah, satu langkah ke depan. Enam bulan lalu (bertunang). Semoga Allah permudahkan urusan untuk langkah seterusnya,” katanya.

Lia sebelum ini sering berkongsi gambarnya bersama Arash dalam media sosial miliknya namun tidak pernah mendedahkan mereka sudah mengikat tali pertunangan.

Dalam satu temu bual bersama Kosmo! sebelum ini, Lia memberitahu cukuplah hanya orang terdekat sahaja yang mengetahui status sebenar hubungan mereka.

Nama Lia mula menyerlah sejak 2020 apabila single sulungnya berjudul Kucu Kuca yang dipilih sebagai lagu tema drama Rindu Awak Separuh Nyawa tular.

Rancak meraih sambungan dengan catatan lebih 12 juta tontonan dalam YouTube dalam tempoh 10 bulan, rezekinya di arena nyanyian terus mencurah-curah.

Selain berduet dengan penyanyi popular, Khai Bahar untuk lagu tema drama 7 Hari Mencintaiku 3, Kaulah Syurga, dia turut dipilih bertarung dalam program Big Stage musim keempat (BS4).

Aktif berkongsi video lagu ‘cover version’ di media sosial sejak berusia 17 tahun, rakaman nyanyiannya yang pernah viral dalam media sosial adalah lagu Empat Dara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI