fbpx

Individu bakar haiwan hidup-hidup tidak layak digelar manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video insiden seekor haiwan dibakar hidup-hidup yang dipercayai berlaku di luar negara

PETALING JAYA – Sekumpulan individu di luar negara bertindak membakar seekor haiwan hidup-hidup tidak layak digelar sebagai manusia.

Persatuan Haiwan Terbiar (SAFM) berkata, perbuatan menyiksa haiwan itu tanpa belas kasihan dilakukan oleh mereka yang berhati busuk.

“SAFM menentang sekeras-kerasnya perbuatan jenayah ini yang menyeksa haiwan dengan cara yang teramat kejam.

“Ini bukan sahaja melanggar undang-undang, malah melanggar moral dan sifat kemanusiaan,” kata SAFM dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Terdahulu, SAFM memaklumkan, pihaknya menerima satu rakaman video memaparkan seekor haiwan dibakar hidup-hidup oleh sekumpulan individu.

Menurut SAFM, kejadian itu difahamkan berlaku di luar negara, namun kesahihan maklumat tersebut belum dapat dipastikan.

Menerusi rakaman yang tersebar di media sosial sejak kelmarin itu, beberapa individu dilihat turut memukul haiwan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI