fbpx

Dua pemain Rusia sedia tukar kerakyatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KASATKINA mengakui sekatan yang dikenakan mampu menggelapkan masa depannya dalam karier tenis. – AFP

LONDON – Dua pemain tenis berpengaruh kelahiran Rusia, Andrey Rublev dan Daria Kasatkina bersedia untuk menukar kerakyatan dalam usaha memperjuangkan karier ma­sing-masing selepas diharamkan daripada beraksi pada Kejuaraan Wimbledon baru-baru ini.

Sebagai rekod, atlet yang mewakili Rusia dan Belarus tidak dibenarkan ‘menjejakkan kaki’ di England pada bulan lalu untuk mengikuti beberapa kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Tenis England (AELTC) kerana konflik pe­perangan melibatkan negara Ukraine.

Keputusan AELTC itu telah mendapat kecaman Persatuan Tenis Lelaki Profesional (ATP), Persatuan Tenis Wanita Antarabangsa (WTA) dan Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) selepas beberapa pemain utama lain seperti Daniil Medvedev, Aryna Sabalenka dan Victoria Azarenka turut terlepas aksi Wimbledon.

Kasatkina yang kini pemain ranking ke-12 dunia mengakui agak ralat dengan keputusan yang dibuat oleh penganjur Wimbledon sehingga membuatkan atlet kelahiran Rusia lain terfikir untuk menukar ke­rakyatan.

“Saya anggap situasi ini tidak bagus untuk masa depan kerana ramai kanak-kanak berbakat dalam acara sukan di Rusia akan mula memikirkan masa depan mereka jika situasi ini berterusan dan tidak mustahil mereka menukar kewarganegaraan,” katanya.

Rublev yang juga pemain No. 8 dunia turut senada dengan Kasatkina kerana kerja keras yang dilakukan selama ini se­perti tidak dihargai sehingga menyalahkan pemain yang tidak meminta untuk dilahirkan di Rusia.

“Kami berusaha untuk membuat rayuan, tetapi tidak dilayan kerana mereka mendakwa keputusan yang bakal diraih akan dijadikan bahan propaganda Rusia.

“Sukar buat kami jika perkara ini diteruskan dan jika ke­adaan terdesak, saya mungkin tukar kerakyatan jika mahu ber­aksi di Wimbledon pada masa depan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI