fbpx

Dua kanak-kanak di AS dijangkiti cacar monyet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CDC mengesahkan dua kes cacar monyet dalam kalangan kanak-kanak semalam. - Owen Franken/Getty Images

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) mengesahkan dua kes pertama cacar monyet dalam kalangan kanak-kanak, lapor akhbar Metro UK semalam.

Salah satu jangkitan dikenal pasti di California melibatkan kanak-kanak bukan warganegara AS, demikian menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) semalam. 

“CDC dan pihak berkuasa kesihatan awam masih menyiasat bagaimana kanak-kanak itu dijangkiti. Walaupun mempunyai simptom cacar monyet, kedua-dua mereka berada dalam keadaan sihat.

“Dua kanak-kanak itu dijangkiti oleh beberapa individu daripada komuniti lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki lain,” kata Pengarah CDC, Rochelle Walensky dalam wawancara maya bersama akhbar The Washington Post.

Dua kanak-kanak itu berada dalam keadaan baik, tambah Welensky.

Kanak-kanak bawah umur lapan tahun berisiko tinggi mengalami sakit teruk akibat cacar monyet, jelas CDC.

Pegawai-pegawai CDC minggu lalu berkata, mereka hanya mengesan kes cacar monyet dalam kalangan orang dewasa sahaja.

Majoriti kes dikesan pada lelaki yang melakukan hubungan sejenis dengan kebanyakan kes melibatkan komuniti paling berisiko, kata Walensky.

Sehingga Khamis lalu, terdapat 2,593 kes cacar monyet di 44 negeri di AS, Daerah Columbia dan Puerto Rico, demikian menurut CDC. -Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI