fbpx

Covid-19: 3,880 kes direkodkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini merekodkan sebanyak 3,880 kes semalam termasuk tujuh kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,606,252 kes setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 2,607 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 sebanyak 4,559, 545 kes.

Katanya, sebanyak 48,668 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan sejumlah 1,259 pertambahan kes semalam.

“Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,283 diikuti Selangor (857), Perak (326), Negeri Sembilan (252), Sabah (242), Pulau Pinang (201), Melaka (137) dan Johor (132).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Kedah (115), Putrajaya (82), Kelantan (69), Pahang (61), Sarawak (52), Terengganu (35), Labuan (29), dan Perlis (7),”kata maklumat itu tadi.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 17 kematian dilaporkan dengan tiga kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,902.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,622 setakat ini.

Sebanyak 47, 139 kes dikuarantin di rumah, 32 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,447 kes di hospital, 22 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 28 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI