fbpx

China mahu gencatan senjata segera Russia-Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Duta Besar China ke Geng Qin A.S. (kiri) dalam program berita CBS "Face the Nation" di Washington, pada 20 Mac 2022. - Kedutaan China di AS

BEIJING – China secara terbuka menggesa supaya gencatan senjata segera dilaksanakan bagi menamatkan perang antara Ukraine dan sekutu rapat Beijing, Russia, lapor laman berita RT kelmarin.

China menerusi Duta Besarnya ke Amerika Syarikat (AS), Geng Qin turut menyeru supaya rundingan semula diadakan bagi mencari jalan penyelesaian kon­flik tersebut.

Bercakap pada Forum Ke­selamatan Aspen di Colorado, Qin berkata, konflik di Ukraine semakin kacau bilau dan mencetuskan pelbagai krisis global termasuk kemelesetan ekonomi, kebanjiran pelarian dan pendatang tanpa izin serta kekurangan sumber termasuk makanan.

“Justeru, pemerintah China menyeru agar gencatan senjata  antara Russia dan Ukraine segera dicapai bagi menghidupkan semula rundingan damai,” katanya.

Tambah Qin, hanya menerusi rundingan dan perdamaian, semua krisis ekonomi yang tercetus akibat perang itu sejak Februari lalu dapat dipulihkan.

“Rundingan damai akan membantu memulihkan jaminan ke­selamatan di Eropah yang sepatutnya stabil,” ujarnya.

Beijing percaya bahawa kedaulatan negara dan integriti wilayah semua negara perlu dihormati, manakala kebimbangan keselamatan semua negara wajar dipandang serius.

Minggu ini, Menteri Luar Ukraine, Dmitry Kuleba berkata, rundingan damai dengan Russia hanya akan berlaku sekiranya Kiev mengalahkan Moscow di medan perang.

Jurucakap Kementerian Luar Russia Maria Zakharova menjawab kenyataan Kuleba dengan menyatakan bahawa kerajaan  Ukraine tidak berhasrat mencapai keamanan untuk negara berkenaan dan memilih mengikut telunjuk AS berbanding mengadakan rundingan dengan Kremlin. –Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI