fbpx

Bapa rela disolek, layan saja kerenah anak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang lelaki merelakan wajahnya disolek oleh anak perempuannya. – Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki yang merelakan wajah disolek oleh anak perempuannya ketika bermain, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @dagelan.

Kejadian bermula apabila seorang lelaki ditugaskan oleh isterinya untuk menjaga anak perempuan mereka di rumah. 

Budak perempuan itu meminta bapanya menjadi model solekan. Sebagai bapa yang baik, dia bersetuju dengan permintaan anaknya.

Muka lelaki itu perlahan-lahan disolek oleh anaknya seperti dicat warna putih pada pipi dan warna merah jambu pada kelopak mata. 

Lelaki itu membiarkan anaknya bermain sehingga akhirnya tertidur. Setelah bangun tidur, dia terkejut apabila mendapati wajahnya penuh dengan solekan.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Ini risiko ada anak perempuan ya tuan-tuan,” kata seorang netizen.

“Ketika berpacaran dijadikan badut oleh ibunya. Selepas menikah dijadikan badut oleh anaknya,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI