fbpx

Arah MPT semak fakta pendaratan Amelia Earhart

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nolee Ashilin (empat dari kanan) bergambar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Lorong Seni@Lorong Panglima, di sini, hari ini. FOTO / MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID

IPOH – Kerajaan negeri Perak sudah mengarahkan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menyemak fakta berhubung isu pendaratan Juruterbang Amerika Syarikat, Amelia Earhart di Lapangan Terbang Tekah, Taiping.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed berkata sekiranya benar terdapat percanggahan fakta berkenaan perkara itu, pembetulan akan dibuat.

“Selalunya memang disemak (fakta), proses itu mesti ada semakan. Selalunya kita akan mohon kepada pihak terbabit juga untuk sediakan bukti bahawa fakta itu sahih.

“Mungkin ada percanggahan daripada segi pendapat di situ, saya masih belum dapat maklum balas jadi saya tak boleh komen lebih lanjut, tetapi kita akan bincang semula dengan Yang Dipertua MPT,” katanya selepas hadir menyempurnakan Majlis Pelancaran Lorong Seni@Lorong Panglima, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai perdebatan mural Amelia Earhart pada dinding sebuah premis di Jalan Abdul Jalil, Taiping yang didakwa tidak relevan ekoran tiada bukti sahih dia pernah mendarat di lapangan terbang itu, Nolee Ashilin berkata, pihaknya belum menerima bantahan berhubung hal tersebut.

“Secara rasmi tiada (aduan), hanya di media sosial sahaja. Tetapi daripada persatuan dan sebagainya memang tiada bantahan.

“Saya sudah mohon MPT untuk semak semula tetapi saya belum dapat maklumat lagi. Sekiranya ada percanggahan saya akan minta MPT untuk buat kenyataan perbetulkan perkara itu,” katanya lagi.

Sebelum ini wujud perdebatan dalam kalangan ahli sejarah serta di media sosial mengenai Amelia Earhart sebenarnya tidak mendarat di Tekah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI