fbpx

Arab Saudi batal lesen lima syarikat perkhidmatan umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jemaah haji menunaikan solat mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram, Mekah pada 5 Julai lalu. - CNN

RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi me­ngumumkan pembatalan lesen lima syarikat perkhidmatan umrah kerana gagal menunaikan kewajipan kepada jemaah dan melanggar peraturan ka­wal selia  perkhidmatan umrah, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.

Kementerian itu berkata,  semua tindakan undang-undang telah dilaksanakan  terhadap syarikat-syarikat terbabit termasuk merujuk mereka kepada pihak berkuasa bagi meneliti kesalahan yang dilakukan dan mengenakan hukuman  yang setimpal.

Tindakan dibuat susulan a­duan jemaah yang pernah berurusan dengan syarikat-syarikat  bermasalah itu dan pemerhatian oleh pihak kementerian.

Pembatalan lesen syarikat yang didapati melanggar peraturan ditetapkan adalah bagi memastikan pengalaman menu­naikan ibadah haji serta umrah di Tanah Suci Mekah kekal di tahap terbaik.

Perkhidmatan yang diberikan kepada jemaah haji dan umrah hendaklah mengikut piawaian kualiti tertinggi bagi membolehkan mereka melaksanakan ibadah dengan mudah dan selesa.

Kementerian sama menekankan bahawa pihaknya tidak akan memberikan sebarang kelonggaran terhadap mana-mana pihak yang cuai dalam menawarkan perkhidmatan untuk jemaah haji dan umrah.

Musim baharu umrah selepas musim haji tahun ini dibuka kepada jemaah dalam dan luar negara mulai 30 Julai ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI