fbpx

Ahli politik dapat jangkitan kuman selepas minum air ‘suci’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bhagwant Mann dimasukkan ke hospital tiga hari selepas meminum air Sungai Kali Bein yang tercemar. - Gagandeep Singh

NEW DELHI – Seorang ahli politik India dikejarkan ke hospital akibat jangkitan kuman dalam perut selepas meneguk air ‘suci’ dari sebatang sungai tercemar di Sutanpur Lodhi, lapor akhbar Metro News UK semalam.

Ketua Menteri Punjab, Bhagwant Mann dimasukkan ke sebuah hospital di Delhi tiga hari selepas meminum air Sungai Kali Bein pada Ahad minggu lalu.

Dia meminum air dari sungai itu sempena ulang tahun ke-22 pembersihannya daripada  sebarang pencemaran.

Semasa lawatannya, Bhagwant mengumumkan pelancaran kempen membersihkan sungai dan longkang di seluruh negeri Punjab.

Beliau diletakkan di bawah pemerhatian oleh pasukan pakar perubatan selama dua hari sebelum dibenarkan keluar pada Khamis lepas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI