fbpx

60 PATI ditahan, 5 laras senapang angin dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Dzaimee (tiga dari kiri) memeriksa senapang angin yang dirampas dalam operasi penguatkuasaan Imigresen di perkampungan nelayan Kuala Gula semalam. - Foto WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Lima laras senapang angin buatan sendiri lengkap bersama peluru bebola besi dirampas pada operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen (JIM) di Perkampungan Nelayan Kuala Gula di sini semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, kesemua senjata dan peralatan berkenaan ditemui di dalam bot yang dinaiki sekumpulan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ketika mereka cuba melarikan diri ke arah sangkar ikan yang berdekatan di perairan Kuala Gula semasa serbuan dilakukan.

Menurutnya, pihaknya bertindak membuat serbuan bermula pukul 11.30 malam terhadap 15 buah kediaman yang diduduki oleh 63 warga asing.

“Seramai 60 PATI terdiri daripada warganegara Indonesia dan Myanmar yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri telah ditahan.

“Operasi malam ini (semalam) membabitkan 60 pegawai dari Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dan 30 dari Perak dan kita berjaya menahan 60 PATI terdiri dari 37 warga Myanmar dan 23 warga Indonesia,” katanya kepada pemberita selepas tersebut di Perkampungan Nelayan Kuala Gula di sini semalam.

Khairul Dzaimee berkata, ketika operasi dilakukan, 20 PATI cuba meloloskan diri dengan menaiki dua buah bot ke arah sangkar ikan berdekatan namun ia berjaya dipatahkan, bahkan ada yang terjun ke laut namun kesemuanya telah ditahan.

Menurutnya, kesemua PATI yang ditahan berusia antara 25 hingga 50 tahun iaitu 48 orang lelaki dan 11 orang wanita serta seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan 10 tahun.

Tambahnya, kesemua yang ditahan akan ditempatkan di Depoh Tahanan Langkap untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI