fbpx

300 beg darah tampung keperluan Tabung Darah HTJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE Tian Hock (tengah kod kelabu) bersama, Dr. Ong Ciew Ping (dua dari kiri, baju biru putih) melawat penderma darah pada Program Derma Arah anjuran Yayasan Matrix Concepts dan Pusat Perubatan Mawar. FOTO : NOR SHAFAWATI YUP.

SEREMBAN – Sebanyak 300 beg darah yang dijangka dikumpulkan menerusi program derma darah anjuran Yayasan Matrix Concepts (MCF) dan Pusat Perubatan Mawar akan digunakan untuk menampung keperluan Tabung Darah Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Mawar, Dr. Ong Chiew Ping berkata, sasaran 300 beg darah itu merupakan yang paling optima memandangkan setiap beg darah mempunyai jangka hayat.

“Sebenarnya kita meletakkan sasaran 450 beg darah, bagaimanapun peningkatan aktiviti derma darah di seluruh negara dan pihak Tabung Darah HTJ memaklumkan bekalan darah untuk jenis AB yang kini berada pada paras optimum, jadi kita telah kurangkan kepada 300 beg darah.

“Setiap satu bag darah mampu menyelamatkan sekurang-kurangnya tiga nyawa dan ia mempunyai jangka hayat bagi mengelak pembaziran di mana satu beg darah bertahan 35 hingga 42 hari, platlet lima hari dan plasma dua tahun,” katanya ketika ditemui pada Program Derma Darah di Pusat Perubatan Mawar di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Matrix Concept, Datuk Seri Lee Tian Hock, Penasihat MCF, Datin Seri Yong Chou Lian dan Pengerusi MCF, Datuk Noordin Yatib.

Chiew Ping berkata, program tersebut diadakan selama dua hari bermula hari ini selepas negara memasuki fasa peralihan endemik ekoran ia terhenti selama setahun akibat pendemik Covid-19.

“Kali terakhir ia dijalankan pada bulan Jun 2020 dan kami berjaya mengumpul sebanyak 442 beg darah,” katanya.

Jelas Chiew Ping, setiap penderma darah perlu mengambil ujian sarigan termasuk pemeriksaan hemoglobin dan tekanan darah.

“Sekiranya mengalami demam, batuk serta selsema perlu menunggu enam hari manakala yang menjalani pembedahan perlu menangguhkan derma darah selepa enam bulan.

“Bagi pesakit Covid-19 perlu menunggu 10 hari yang ingin menderma darah perlu menunggu 10 hari selepas pulih sepenuhnya manakala bagi kontak rapat pula, mereka boleh berbuat demikian selepas tamat tempoh kuarantin dalam tempoh tujuh hari,” katanya lagi.

Sementara itu, Tian Hock berkata, pihak Matrix Concepts menyeru orang ramai mengambil peluang tersebut untuk menderma darah sebagai salah satu tanggungjawab sosial dan diharapkan kerjasama dengan Pusat Perubatan Mawar dapat diteruskan pada masa hadapan.

Bagi seorang penderma Norhasmaliza Shamsudin, 39, berkata, ini merupakan pengalaman keduanya menderma darah untuk keperluan golongan yang memerlukan.

“Niat saya memang nak derma darah kepada orang ramai, mungkin sebelum ini saya tidak mempunyai kesedaran mengenai derma darah pada usia muda.

“Namun, pada usia begini tidak mematahkan semangat saya untuk menderma bagi menyumbang kepada orang ramai yang memerlukan di dalam negara ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI