fbpx

16 pesawat ke KLIA dilencong akibat cuaca buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

SEPANG- Sejumlah 16 penerbangan yang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terpaksa dilencongkan ke beberapa lapangan terbang lain susulan keadaan cuaca buruk malam tadi.

Menurut laman penjejak penerbangan FlightRadar24, hujan lebat dan ribut petir di sekitar Lembah Klang menyebabkan pesawat perlu dilencongkan ekoran membahayakan operasi pendaratan.

Lencongan itu bermula dengan penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) MH 720 dari Jakarta, Indonesia yang sepatutnya dijadualkan mendarat di KLIA kira-kira pukul 7.25 petang.

Laluannya terpaksa diubah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang diikuti pesawat AirAsia penerbangan AK 392 dari Medan, Indonesia yang dilencongkan ke Senai, Johor.

Selain itu, beberapa pesawat lain turut dilencongkan ke lapangan terbang berdekatan termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi serta Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.

Selain itu, pesawat penerbangan antarabangsa Emirate Airlines turut dilencongkan ke Bayan Lepas manakala pesawat Singapore Airlines SQ 126 terpaksa berpatah balik ke Changi.

Bagaimanapun, situasi ribut yang reda selepas pukul 8.20 malam membolehkan semua pesawat termasuk penerbangan luar negara kembali normal untuk melakukan pendaratan di KLIA. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI