fbpx

Wany Hasrita nikah malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANY Hasrita mengejutkan peminat apabila mengumumkan akan bernikah pada malam ini dengan jejaka pilihan hatinya, Al-Adib Fahmi.

PETALING JAYA – Penyanyi Wany Hasrita menamatkan teka-teki apabila membuat pengumuman akan melangsungkan majlis pernikahannya malam ini dengan seorang jejaka bernama Al-Adib Fahmi.

Wany atau nama lengkapnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya sekitar sejam lalu.

“Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT yang Maha merancang setiap sesuatu di muka bumi ini. Saya dengan rasa rendah hati memohon doa kalian semua untuk saya menempuh kehidupan fasa baharu.

“Insya-Allah saya akan bernikah malam ini. Jadi pada kesempatan ini saya ingin memohon maaf andai saya pernah menyakiti hati, terlanjur kata atau mengecilkan hati anda semua.

“Maafkan kami dan doakan kami,” tulisnya beserta tanda pagar #adibwany.

Bagaimanapun, pelantun lagu Terlalu Memuja itu tidak berkongsi secara terperinci butiran tentang majlis pernikahannya dengan Adib.

Menerusi ruangan komen, Wany dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan juga rakan-rakan artis apabila bakal mengakhiri zaman solonya.

“Tahniah sayang. Awak layak untuk bahagia. Semoga pernikahan awak dirahmati Allah SWT. Tahniah!” ujar penyanyi Amylea Azizan.

“Semoga yang terindah dan bahagia buat Wany Hasrita serta pasangan. Moga sentiasa di bawah lindungan Allah SWT,” ujar penyanyi Shila Amzah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI