fbpx

Tular anggota peronda disyaki ambil rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video yang tular baru-baru ini memaparkan anggota kereta peronda disyaki mengambil rasuah.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang pemilik akaun TikTok bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan anggota kereta peronda polis (MPV) mengambil rasuah menerusi video yang dimuat naik di akaun berkenaan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, polis terkesan rakaman video pendek berdurasi 31 saat itu memaparkan anggota kereta peronda disyaki telah mengambil suapan berhampiran stesen minyak.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak dekat Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban.

“Usaha untuk mengesan serta merakam keterangan pemilik akaun TikTok berkenaan sedang dijalankan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, polis menyeru pemilik akaun TikTok dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan tarikh, masa kejadian serta nombor pendaftaran kereta peronda berkenaan untuk tampil ke hadapan.

Katanya, maklumat boleh disalurkan ke Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana- mana balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI