fbpx

Tadej Pogacar kekal fokus misi buru hatrik Tour de France

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGACAR muncul juara peringkat ke-17 perlumbaan, namun masih ketinggalan untuk merampas jersi kuning milik Vingegaard. – AFP

PEYRAGUDES, Perancis – Pelumba Slovenia, Tadej Pogacar terus agresif dalam misi memburu gelaran hatrik Tour de France (TdF) apabila melakukan kejutan meraih kemenangan peringkat ke-17 kelmarin.

Pecutan saat akhir yang dilakukan Pogacar pada puncak pendakian terakhir memberikan kemenangan ketiga buat pelumba UAE Team Emirates dalam jelajah TdF tahun ini.

Bagaimanapun, kemenangan tersebut masih belum cukup memastikan Pogacar kembali merampas jersi kuning daripada pendahul keseluruhan, Jonas Vingegaard (Jumbo-Visma).

Vingegaard yang hanya me­raih satu kemenangan di peringkat ke-11 semakin hampir untuk menamatkan 21 peringkat perlumbaan tersebut selepas mendahului dengan kelebihan dua minit 18 saat.

“Saya tidak fikir Vingegaard terlalu kuat. Sudah pasti saya gembira dengan kemenangan hari ini kerana kami hanya tinggal berempat pada akhir perlumbaan.

“Pasukan kami akan memberikan segala-galanya untuk mendapatkan kembali jersi kuning. Saya tahu pada saingan itu saya hanya perlu menang dan saya memberikan segalanya untuk pasukan.

“Saya sangat gembira dengan kejayaan ini sekali gus memberi motivasi bagi perlumbaan sete­rusnya,” kata Pogacar.

Sementara itu, Vingegaard mengakui dia hanya perlu berhati-hati dengan segala kemungkinan dalam baki empat peringkat perlumbaan ini agar mampu muncul juara.

“Meskipun ketinggalan, tetapi saya gembira kerana dapat memberi tentangan sehingga akhir perlumbaan. Jadi, saya perlu berwaspada kerana kita tidak tahu bila Pogacar akan melakukan serangan.

“Anda pasti tidak menjangkakannya dan saya tidak boleh leka dalam baki perlumbaan ini,” kata Vingegaard. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI