fbpx

RM20 seminggu belanja dapur, suami kedekut kaki judi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Lapan tahun perkahwinan, wanita ini sudah makan hati dengan sikap suami yang bukan sahaja kedekut, malah duit habis bermain judi serta membayar hutang kawan-kawan.

Itu kisah diceritakan oleh seorang peguam syarie, Amalina Adam berhubung nasib wanita yang juga suri rumah anak tiga berdepan sikap suami tidak bertanggungjawab, kedekut bahkan mengugut akan menceraikannya jika meminta-minta.

“Apabila diungkit tanggungjawab menyediakan barang dapur, suami akan naik hantu dan ugut cerai jika isteri sibuk meminta-minta. RM20 sahaja dibekalkan seminggu untuk beli barang basah, cukup tidak agak-agak? Itulah wang belanja dapur isteri dapat setiap minggu.

“Kalau masak telur kicap, telur sambal suami akan menyindir dengan kata ‘RM20 kau masak ini saja? Baik aku lepak mamak’,” katanya pada hantaran Facebook.

Amalina berkata, wanita itu tidak bekerja selepas berkahwin memandangkan suaminya mahu dia memberi tumpuan sepenuhnya kepada rumah tangga serta menjaga anak-anak.

“Memang suami tidak mengizinkan isteri tersebut bekerja dan dia tidak berfikir panjang, terus bersetuju untuk berhenti kerja dan duduk di rumah. Tiada langsung wang simpanan dan suami kata mampu tanggung. Kini RM20 itulah termasuk duit poket anak sekolah.

“Mentua pula bila isteri tidak bekerja, tiada gaji sendiri, tengok menantu pun penuh benci. Minta beras pun, mentua suruh ganti semula ikut kiraan berapa mangkuk isteri ambil.

“Setiap bulanlah isteri akan ganti semula selepas kakak kepada isteri itu beri bantuan kewangan setiap bulan walaupun tidak banyak dalam RM150 sebulan. Kalau tidak ganti memang akan kena marah dengan suami. Suami akan kata ‘pandai pinjam pandai bayar,” katanya.

Meneruskan cerita, beliau berkata, duit pula habis dengan bermain mesin judi dan membayar hutang rakan-rakan manakala, harta suaminya hanya hak milik lelaki itu sahaja serta tidak berubah menjadi harta isteri dan anak-anak.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI