fbpx

Remaja lelaki ditahan kerana samun cabul penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Selepas dua hari diburu, akhirnya suspek yang menyamun dan mencabul seorang penjawat awam wanita pada petang Rabu lalu diberkas polis tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan memaklumkan suspek yang ditahan adalah seorang remaja lelaki berusia 14 tahun.

“Kami turut merampas sebuah telefon bimbit milik mangsa di rumah suspek selain pakaian suspek ketika kejadian untuk dijadikan bahan bukti.

“Suspek turut mengaku terlibat dalam kes tersebut dan memaklumkan teruja untuk memiliki telefon pintar jenis IPhone seperti dimiliki mangsa kerana usaha meminta telefon pintar daripada keluarga sendiri tidak dilayani,”katanya.

A. Asmadi berkata, suspek berjaya ditahan hasil risikan dan rakaman sistem litar tertutup (CCTV) oleh sepasukan anggotanya dari Bahagian Siasatan Jenayah.

Menurutnya, siasatan masih diteruskan dan pihak polis masih melengkapkan keterangan dari saksi lain malah permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Putrajaya esok.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana kesalahan samun dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya.

Dalam kejadian Rabu lalu, seorang pembantu tadbir di Kementerian Kesihatan (KKM) disamun dan dicabul ketika berjalan menuju ke kediamannya di sebuah kuarters di sini.

Selain turut kehilangan sebuah telefon pintar dan wang tunai RM300, mangsa turut dicabul ketika mengejar suspek yang cuba melarikan diri.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI