fbpx

Pembinaan PPR Klebang disambung semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIM Ban Hong (kanan) mendengar taklimat daripada pemaju dan pengurus projek di PPR Klebang, Melaka. - FOTO : MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Projek Perumahan Rakyat (PPR) Klebang di sini kembali bernyawa selepas kontraktor yang dilantik bagi memulihkan projek terbengkalai itu mula mengambil alih tapak pada Jun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong berkata, pihak kontraktor telah menilai semula kerja-kerja terdahulu dan kawasan sekeliling memandangkan projek berkenaan terbengkalai sejak 2018.

Jelas beliau, penilaian semula itu penting bagi memastikan segala aspek seperti peralatan, kelengkapan dan struktur yang digunakan masih selamat untuk diguna pakai semula.

“PPR Klebang memiliki 250 unit kediaman dan terdapat beberapa peralatan yang telah siap dipasang. Oleh itu, sangat penting untuk menilai dulu status projek ini sebelum kerja pembinaan disambung semula.

“Pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Klebang akan memantau perjalanan projek ini dan memastikan kerja-kerja kontraktor mengikut jadual.

“Pelbagai agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) turut bekerjasama dengan kontraktor dalam aspek teknikal bagi memastikan kerja-kerja ini berjalan lancar,” katanya ketika sidang akhbar selepas melawat tapak PPR Klebang di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI