fbpx

KMZ bercadang buka klinik percuma untuk B40, asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nafidz (dua dari kanan menerima anugerah di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) bercadang untuk mengembangkan penguasaan pasarannya ke seluruh negara dengan membuka sehingga 50 cawangan baharu  menjelang 2025.

Buat masa ini, klinik yang mula beroperasi sejak tahun 2013 dan  beribu pejabat di Bandar Baru Bangi itu telah memiliki 24 cawangan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd. Nafidz Abdul Razak,  bagi merealisasikan misi tersebut, pihaknya akan terus mengukuhkan program pelesenan dan kreativiti model perniagaan di dalam sektor kesihatan.

“Impian saya dan seluruh warga kerja mahu menjadikan KMZ sebagai platform untuk membantu masyarakat di samping mendidik kepimpinan dan keusahawanan kepada semua barisan usahawan pelesenan.

“Kami mahu terus berbakti dengan menjadi ejen kesihatan yang menyediakan platform perkhidmatan kelas pertama di mana-mana bagi kemudahan pesakit,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Mohd. Nafidz menjelaskan, atas kejayaan syarikat, beliau telah menerima gelaran  Emerging CEO Of The Year daripada Global Business Leadership Award 2022 yang telah berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut beliau, anugerah terbaharu itu akan terus menjadi aspirasi buat dirinya untuk memacu dan memimpin KMZ agar lebih dinamik  terutamanya dalam aspek membantu masyarakat peka terhadap penjagaan kesihatan diri.

Selain itu, Mohd. Nafidz juga berharap agar impian dan cita-citanya menterjemahkan KMZ atas paksi amal dan kemanusiaan juga dapat direalisasikan kelak.

“Besar harapan saya untuk membuka klinik percuma kepada golongan miskin dan asnaf suatu hari nanti.

“Ini juga cara kami memberi semula kenikmatan diperoleh kepada mereka yang tidak bernasib  baik,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI