PETALING JAYA – Penduduk di negeri Perak dinasihatkan untuk berwasapada ekoran suhu panas yang dicatatkan melepasi paras tahap 1.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya berkata, keadaan itu dikesan di daerah Kinta, Perak dengan catatan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celcius.
Katanya, amaran berjaga-jaga itu dikeluarkan berikutan bacaan suhu maksimum tersebut telah dicatatkan sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Dalam pada itu, katanya, semua kawasan di Sabah dan Sarawak berada dalam pemantauan. – KOSMO! ONLINE