fbpx

Jamu diperlekeh, Anna Jobling ‘back up’ Tya Arifin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anna tampil menyangkal dakwaan netizen yang sengaja memperlekeh dan mempersoalkan keberkesanan jamu yang diasaskan Tya.

PETALING JAYA – Komen jelik yang dilemparkan kepada penyanyi, pelakon dan usahawan Tya Arifin membabitkan jamu Mutyara keluarannya baru-baru ini mendapat maklum balas negatif dalam kalangan warganet.

Kebanyakan mereka tidak bersetuju dengan komen yang ditulis selain menyifatkan tindakan tersebut sengaja bertujuan menjatuhkan maruah dan mencemarkan imej baik perniagaan dibina Tya.

Bukan sahaja dalam kalangan warganet dan pengguna setia jamu Mutyara, pelakon Anna Jobling yang popular menerusi drama Melur Untuk Firdaus turut menyangkal komen yang disifatkan sengaja mahu menutup periuk nasi orang.

Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berkata, dia antara pengguna yang sudah merasai sendiri jamu tersebut.

“Baru-baru ini saya baca artikel yang cakap jamu Mutyara ini pahit. Tapi, sebenarnya yang cakap macam itu tak pernah cuba.

“Sebenarnya saya dah cuba dan tak pahit langsung. Tapi tak tahu kenapa orang cakap macam itu sebab rasanya manis.

“Rasa manisnya bukanlah manis buatan, tapi manis daripada bahannya seperti kurma, madu, delima dan habatus sauda. Rasanya sangat bagus dan tak pahit langsung. Sebelum nak komen, cuba dulu. Tak baik tutup periuk nasi orang,” katanya menerusi hantaran video dimuat naik dalam Instagram.

Pada masa sama, Anna, 22, menasihati pengguna laman sosial agar lebih berhati-hati sebelum menulis dan meninggalkan komen meeka.

“Sebelum nak ‘judge’ (adili) atau nak hentam barang orang cuba dulu dan baru komen. Saya harap Kak Tya kuat dan buang semua perkara negatif daripada fikiran,” katanya.

Hantaran yang dimuat naik Anna itu turut mendapat respons daripada Tya yang juga isteri kepada ahli perniagaan, Asyraf Khalid berbunyi: “Terima kasih Anna sayang,”.

Rentetan isu tersebut, Tya mengambil keputusan untuk memberikan 10,000 pek percubaan secara percuma dan bagi yang ingin mencuba boleh tebus menerusi laman web www.mutyara.com. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI