fbpx

Hujan lebat di Johor, Sabah petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penduduk di sekitar Johor dan Sabah dinasihatkan untuk berwaspada susulan amaran ribut petir dan hujan lebat pada petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, keadaan cuaca buruk itu dijangkakan akan berlarutan sehingga awal petang ini.

“Di Johor melibatkan Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala di Sabah membabitkan Pedalaman (Beaufort) dan Pantai Barat (Papar),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI