fbpx

Gejala baharu cacar monyet kudis pada alat kelamin, dubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUAM akibat virus cacar monyet akan merebak dari muka ke seluruh badan. - Getty

LONDON – Saintis-saintis mendedahkan mengenai penemuan gejala baharu cacar monyet selain memberi amaran bahawa virus itu yang ‘tidak mempunyai batas sempadan’, lapor akhbar The Sun semalam.

Wabak cacar monyet di seluruh dunia tercetus pada Mei lalu dan pakar-pakar masih bergelut untuk membendungnya.

Pesakit akan mengalami simptom seperti selesema dengan ruam yang merebak dari muka ke seluruh badan pada hari-hari berikutnya. Ruam itu menyerupai ruam akibat penyakit cacar iaitu bintik kecil atau luka melepuh sebelum berkudis.

Analisis kes cacar monyet terbesar setakat ini yang merangkumi 16 negara telah diterbitkan dalam jurnal The New England Journal of Medicine.

Menurut saintis, ramai orang yang dijangkiti mempunyai ‘gejala tidak dikenali’ berbanding simptom cacar monyet sedia ada.

“Gejala ini termasuk kudis tunggal pada alat kelamin dan kudis pada mulut atau dubur,” demikian menurut kertas penyelidikan tersebut. 

Satu daripada 10 pesakit mengalami kudis di bahagian kemaluan, manakala 15 peratus mengalami sakit pada dubur dan/atau salur dubur, kata perunding kesihatan seksual dan pensyarah di Universiti Queen Mary, Dr. John Thornhill.

Penemuan itu menyokong analisis kes-kes terbaharu di London yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Britain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI