fbpx

Empat rakan didakwa rogol remaja di lapangan terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diiringi anggota polis selepas dihadapkan Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini.

MELAKA – Empat rakan termasuk dua remaja dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan rogol secara berkumpulan di lapangan terbang kecil di Jasin, Ahad lalu.

Kesemua tertuduh, Khairul Asnawi Rusri, 19, dan Muhammad Firdaus Noor Apande,18, serta dua lagi rakan masing-masing berusia 16 dan 17 tahun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama didakwa melakukan rogol berkumpulan ke atas seorang remaja perempuan berusia 17 tahun kira-kira pukul 4 pagi di Lapangan Terbang Aerodrome Sungai Rambai, dalam daerah Jasin pada 17 Julai lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama.

Sementara itu, tertuduh Khairul Asnawi turut didakwa atas satu lagi pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama pada waktu, tempat dan tarikh sama.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Bahiyah Amir Haidi tidak mencadangkan sebarang jaminan bagi kesalahan rogol, namun memohon jaminan RM20,000 dengan dua penjamin dikenakan bagi kes amang seksual fizikal.

Peguam, Chua Yong Yi, bagaimanapun memohon jaminan dibenarkan dengan alasan Khairul Asnawi merupakan anak sulung dan perlu membantu keluarga menjaga tiga adiknya, selain bapa hanya bekerja di kilang papan.

Katanya, Muhammad Firdaus pula mempunyai adik berusia 12 tahun, manakala anak guamnya berusia 17 tahun telah kematian ibu dan ayahnya baru sahaja terlibat dalam kemalangan jalan raya pada minggu lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI