PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Sarawak pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebook berkata, amaran cuaca buruk tersebut adalah sehingga pukul 11 pagi.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Kuching (Bau dan Kuching), Serian (Serian), Samarahan, Sri Aman (Sri Aman) dan Betong (Pusa, Betong dan Kabong)
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” kata kenyataan itu.
Tambah MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE