fbpx

37 lelaki asing degil bawa kenderaan tanpa lesen diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah JPJ Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf, Pengarah JPJ Melaka Muhammad Firdaus Shariff (tengah) dan Pengarah JPJ Johor, Azmil Zainal Adnan dalam Operasi Khas. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Kedegilan 37 lelaki warga asing mencabar undang-undang dengan memandu kenderaan tanpa lesen mengundang padah apabila mereka ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Operasi Khas Rentas Sempadan selama empat hari di seluruh negeri yang berakhir hari ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor, Azmil Zainal Adnan berkata, kenderaan terbabit ditahan dan disita berikutan melakukan pelbagai kesalahan jalan raya termasuk tidak mempunyai lesen memandu selain menggunakan kenderaan motor untuk tujuan perniagaan tanpa kebenaran.

Menurutnya, pemandu warga asing yang diperiksa itu melibatkan 19 warga Myanmar, lapan warga Pakistan, enam warga Bangladesh dan empat warga Nepal.

“Menerusi Operasi Khas Rentas Sempadan yang dijalankan JPJ selama empat hari, sejumlah 1,070 kenderaan diperiksa dengan 968 daripadanya dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan jalan raya.

“Antaranya sejumlah 37 kenderaan yang dipandu warga asing ditahan selepas mereka disyaki memandu kenderaan tanpa lesen memandu.

“Ada kenderaan tersebut kita sita dan semua pemandu dilepaskan setelah notis saman ke atas mereka dikeluarkan,”katanya sidang akhbar yang diadakan selepas meninjau pelaksanaan operasi berkenaan di Plaza Tol Skudai, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI