fbpx

Wanita AS diperkosa di Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu diperkosa bergilir-gilir di Fort Munro, Dera Ghazi Khan di Pakistan. - Shutterstock

ISLAMABAD – Seorang wanita warga Amerika Syarikat (AS) berusia 21 tahun didakwa diperkosa bergilir-gilir oleh dua lelaki dalam insiden di wilayah Punjab, Pakistan, lapor laman berita Wion News semalam.

Menurut polis, jenayah berlaku pada 17 Julai lalu di sebuah pusat peranginan di Fort Munro, daerah Dera Ghazi Khan, kira-kira 500 kilometer dari Lahore.

Mangsa yang merupakan seorang pesohor media sosial, ketika itu dalam perjalanan bersama rakannya, Muzamil Sipra dan Azan Khosa untuk merakam video.

Polis berkata, wanita itu datang ke Fort Monroe dari Karachi selepas dijemput oleh Muzamil. Mangsa melawat rumah Muzamil di daerah Rajanpur, Punjab  Ahad lalu.

Mangsa yang menggunakan visa pelancongan ke Pakistan, menetap di negara itu sejak tujuh bulan lalu.

Dokumen kes menyatakan bahawa mangsa menginap di sebuah hotel di mana dia diperkosa bergilir-gilir oleh mereka.

“Kami tinggal di sebuah hotel di Fort Monroe di mana kedua-dua suspek merogol saya dan merakam video kejadian untuk memeras ugut saya,” kata mangsa.

Muzamil ditahan oleh Polis Tentera Sempadan, manakala serbuan dilakukan untuk menahan seorang lagi suspek.

Sementara itu, seorang jurucakap Kedutaan AS memberitahu bahawa pihaknya sedang berhubung dengan polis dan memastikan bahawa wanita itu mendapat jagaan rapi.

“Perlindungan warga AS di luar negara adalah keutamaan tertinggi Jabatan Negara AS, kedutaan serta konsulat kami di luar negara.

“Sebagai menghormati privasi mangsa, kami tidak boleh mengulas secara spesifik mengenai kes tersebut. Konsulat Jeneral AS di Lahore bersedia untuk menyediakan perkhidmatan konsular kepada mana-mana warga AS yang menjadi mangsa jenayah,” tambahnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI