fbpx

Tiga cedera, kilang proses makanan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran di sebuah kilang memproses makanan tambahan di Kawasan Perindustrian Kertih, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Sebuah kompleks kilang memproses makanan tambahan ayam di Kawasan Perindustrian Kertih di sini yang pernah terbakar pada awal tahun ini sekali lagi ditimpa musibah sama hari ini.

Kebakaran pada pukul 11.20 pagi itu turut menyebabkan tiga pekerja penyelenggaraan mengalami kecederaan termasuk salah seorangnya melecur.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Muhammad Basri Kamarazaman berkata, kebakaran tersebut telah memusnahkan 30 peratus daripada tingkat tiga premis kilang berkenaan.

Beliau berkata, siasatan awal percaya kebakaran berlaku sewaktu ketiga-tiga pekerja terbabit sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di tingkat tiga bangunan itu.

“Kebakaran tersebut menyebabkan seorang pekerja warga tempatan berusia 31 tahun melecur selain kepalanya cedera.

“Seorang lagi pekerja warga Myanmar patah kaki dan cedera pada bahagian kepala setelah melompat dari tingkat tiga untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Muhammad Basri berkata, seorang lagi mangsa yang juga warga Myanmar turut cedera ringan akibat kebakaran terbabit.

Tambah beliau, seramai 61 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Kijal dan Kerteh telah mengambil masa sejam untuk memadamkan kebakaran.

“Ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman di sini untuk rawatan lanjut. Punca dan jumlah kerugian sedang disiasat,” katanya.

Sebelum ini, gudang menempatkan kayu palet dan baju seragam lama yang terdapat di kompleks kilang sama turut musnah terbakar pada bulan Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI