fbpx

Pemandu treler mengaku tidak bersalah sebabkan kematian empat beranak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhaimi (kiri) mengaku tidak bersalah ke atas empat pertuduhan yang dikenakan terhadapnya di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Pemandu treler yang terlibat dalam nahas tujuh kenderaan hingga mengorbankan empat beranak di Kilometer 277.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Suhaimi Mohd. Nor, 34, didakwa di mahkamah berkenaan atas empat pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian kesemua mangsa.

Bagaimanapun, bapa kepada lima anak itu mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Noor Hafiza Ishak.

Mengikut pertuduhan, Suhaimi yang memandu treler jenis Hino didakwa telah memandu kenderaan tersebut secara berbahaya dan menyebabkan kematian Rahim Ramli, 60, bersama isteri, Siti Petimah Omar, 59, serta dua anak mereka, Nor Hadirah, 28, dan Nor Hamizah, 27.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Kilometer 277.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di dalam daerah Ipoh pada pukul 2.55 petang, 13 Julai 2022.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000 dan hilang kelayakan daripada memegang dan mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak lebih lima tahun dari tarikh sabitan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, N. M. Maganaraj Mithra menawarkan jaminan RM40,000 bagi setiap pertuduhan namun Amir Kusyairi Mohamad Tanusi yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan dikurangkan.

Menurut beliau, anak guamnya itu telah kehilangan punca pendapatan ekoran tidak lagi bekerja selepas insiden berkenaan dan merupakan penanggung tunggal keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI