fbpx

Pemandu Toyota Hilux tular guna lorong kecemasan terima saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video tular yang memaparkan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux menggunakan laluan kecemasan di Kilometer 129.0 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara di Sungai Dua di sini semalam.

SEBERANG PERAI – Polis mengesan pemandu trak pikap jenis Toyota Hilux setelah tindakannya menggunakan lorong kecemasan di Kilometer 129.0, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Sungai Dua di sini tular semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, pihaknya mengesan video tular itu di laman Facebook.

Menurutnya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) mendapati pemandu Toyota Hilux itu menggunakan lorong kecemasan dari Sungai Dua ke arah Bertam, Kepala Batas.

“Butiran pemilik dan jenis kenderaan dikenal pasti. Seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPU pukul 9 pagi tadi bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Notis saman ke atas pemandu itu dikeluarkan mengikut Kaedah 53(1) Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi satu minit 50 saat memaparkan sebuah trak pikap putih menggunakan laluan kecemasan ketika kesesakan jalan di lokasi terbabit. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI