fbpx

NCT meterai lima kerjasama untuk sokong projek SSIP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NGAN CHOY (tujuh dari kiri) pada majlis pemeteraian MoU antara NCT dengan lima buah syarikat di Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – NCT Group of Companies (NCT Group) telah memeterai lima kerjasama strategik untuk membangunkan projek Smart Industrial Park (SSIP).

Pemeteraian tersebut dibuat antara NCT dengan Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU), Furniweb Holdings Limited, KS Industrial Tools Malaysia Sdn. Bhd. (KS Industrial), Solarvest Holdings Berhad (Solarvest) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR),

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Yap Ngan Choy berkata, kerjasama tersebut menunjukkan komitmen Kumpulan untuk menyediakan kemudahan terbaik di SSIP bagi meningkatkan kecekapan dan mengekalkan kemampanan serta ekosistem mesra alam yang berdaya tahan.

Menurut beliau, melalui MoU antara NCT dengan Solarvest, Kumpulan mengunjurkan untuk membangunkan 1,000 unit solar sedia di  SSIP bagi mencapai misi perkongsian penyahkarbonan.

Ini adalah solar pertama yang dilengkapi dengan sistem pengurusan pembangunan taman perindustrian.

‘Kerjasama dengan Solarvest adalah langkah awak Kumpulan untuk membangunkan asas yang kukuh buat NCT Group bagi mengembangkan peluang penerokaan pada masa depan dalam bidang tenaga diperbaharui seperti solar, kuasa bio, teknologi hijau, kecekapan tenaga serta mobiliti elektrik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis menandatangani MoU antara NCT dengan lima syarikat utama di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Kumpulan memeterai MoU dengan Furniweb Holdings Ltd., sebuah syarikat yang memiliki kemahiran dan pengalaman dalam premis industri khususnya mereka cipta sistem pembangunan automasi. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI