fbpx

Manchester United sedia rancangan pujuk AC Milan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENNACER menjadi alternatif buat United sekiranya mereka gagal mendapatkan De Jong. – AF

LONDON – Manchester Uni­ted dilaporkan bersedia untuk menjadikan Donny Van De Beek sebagai sebahagian subjek pertukaran untuk mendapatkan pemain tengah AC Milan, Ismael Bennacer.

Pemain berusia 24 tahun itu sudah memberitahu Milan bahawa dia mahu meninggalkan pasukan itu pada musim panas kali ini dan Old Trafford merupakan destinasi yang mungkin menjadi pilihannya.

The Red Devils dilaporkan menjadikan Bennacer sebagai alternatif sekiranya mereka gagal untuk mendapatkan khidmat bintang Barcelona, Frenkie De Jong pada jendela perpindahan kali ini.

Bagaimanapun, United dilaporkan tidak bersedia untuk mengeluarkan dana besar untuk mendapatkan Bennacer yang dinilai pada harga £38 juta (RM203.51 juta), sebaliknya mahu menjadikan Van De Beek sebagai salah satu subjek pertukaran itu nanti.

Mereka berharap Milan bersetuju dengan terma berkenaan dan tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang begitu besar biarpun masih perlu membayar sebahagiannya secara tunai.

Van De Beek berdepan kesukaran untuk mengekalkan tahap konsisten selepas meninggalkan Ajax, biarpun dia menjadi antara tonggak penting ketika bersama Erik Ten Hag yang mengemudi kelab Belanda itu.

Selain United, Bennacer dilaporkan turut dipantau oleh Arsenal yang berminat untuk membawanya pulang ke Emirates selepas kelab itu menjualnya lima tahun lalu.

Bennacer berjaya menjadi pemain penting membantu Milan menjulang kejuaraan Serie A musim lalu dengan membuat 40 penampilan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI