fbpx

JKM Melaka kesan waris dua bayi ditinggalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JKM kesan waris bayi lelaki (baju hijau) yang ditemui di tandas di Medan Selera Tun Tuah dan bayi perempuan (baju merah jambu) yang ditinggalkan ibunya di Hospital Melaka pada April lalu.

MELAKA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri sedang mengesan waris dua kes bayi yang ditinggalkan termasuk yang ditemui orang awam di tandas Medan Selera Tun Tuah, Kampung Lapan, di sini, pada awal bulan ini.

JKM menerusi kenyataannya berkata, seorang bayi lelaki dipercayai telah ditinggalkan ibu kandungnya sejurus melahirkannya di dalam tandas kira-kira pukul 12.40 tengah hari, 9 Julai lalu.

Katanya, bayi tersebut kemudian ditemui oleh orang awam sebelum diselamatkan.

“Bayi berkenaan ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri atau nota daripada penjaganya.

“Mereka yang mempunyai maklumat mengenai bayi ini boleh berhubung dengan JKM daerah Melaka Tengah ditalian 06 2324797,” katanya.

Sementara itu, pihaknya turut memberitahu satu lagi kes adalah membabitkan seorang bayi perempuan pramatang yang ditinggalkan selepas dilahirkan di Hospital Melaka, April lalu.

“Kita percaya ibu kandungnya adalah wanita warganegara Indonesia dikenali sebagai Maria Victoria Dos S. Bello.

“Dia telah melarikan diri daripada hospital ketika bayinya sedang mendapat rawatan di nuseri hospital,” katanya.

Jelasnya, bayi tersebut telah di bawa ke Majistret Alor Gajah untuk mendapatkan perintah jagaan sementara di bawah Seksyen 19(2) Akta Kanak-Kanak 2001 (pindaan) 2016 dan diletakkan di bawah Institusi Rumah Tunas Kasih Tun Abdul Aziz, Durian Daun.

“Justeru mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Alor Gajah atau Pelindung Kanak-kanak Alor Gajah ditalian 06-5561267,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI