fbpx

Jangan terpengaruh jualan lambang ‘kebal’ Persatuan Bekas Polis palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar iklan palsu berkenaan lambang persatuan yang ditawarkan individu tidak bertanggungjawab kepada orang ramai.

KUALU LUMPUR – Polis akan menjalankan siasatan berhubung iklan tawaran palsu keahlian dan lambang Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) yang menawarkan pelbagai keistimewaan sekiranya menjadi ahli.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (SUPM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, pihaknya mengesan tawaran palsu di satu posting yang mempromosikan jualan lambang di media sosial selain diberikan keistimewaan.

“Antara keistimewaan yang ditawarkan adalah perkhidmatan pengiring polis dengan bayaran RM300 bagi 10 kilometer, bahkan pemilik kenderaan boleh memasang cermin gelap.

“Iklan tersebut turut mendakwa tiada tindakan akan dikenakan pihak berkuasa sekiranya memandu dalam keadaan mabuk dengan menggunakan simbol prestij itu.

“Orang ramai yang berminat boleh menghubungi individu yang nombornya turut tertera dalam iklan itu,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Justeru itu, menurutnya, pihak polis sedang menjalankan siasatan ke atas individu yang bertanggungjawab dalam menyebarkan iklan berkenaan.

Jelas beliau, tiada sebarang kelebihan sedemikian atau ditawarkan mana-mana pihak seperti yang didakwa.

“Orang ramai yang menerima iklan promosi itu diminta untuk tidak terpengaruh atau menghubungi penama yang dinyatakan.

“Masyarakat juga diminta merujuk kepada saluran media rasmi polis bagi mengelak menjadi mangsa penipuan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI