fbpx

Isu hina agama: KDN tidak rancang tubuh pasukan khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar beberapa rakaman memaparkan individu menghina agama Islam.

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan pihaknya tidak merancang untuk mewujudkan satu pasukan khas bagi memantau isu hina agama di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pasukan yang ada di Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mencukupi bagi memantau isu berkenaan.

Beliau berkata, PDRM adalah agensi yang paling cepat bertindak sekiranya wujud isu hina agama termasuk melakukan siasatan, tangkapan dan pendakwaan.

“Hina agama bukan sahaja membabitkan agama Islam sahaja malah, penghinaan kepada mana-mana agama juga tetap menjadi satu kesalahan.

“Justeru, kita akan mengambil tindakan segera terhadap pelaku jika didapati menghina agama di negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan sambutan Hari Imigresen Tahun 2022, di sini hari ini.

Hamzah (kanan) dan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Sri Khairul Dzaimee Daud pada Majlis Sambutan Hari Imigresen 2022 di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya di sini, hari ini. – Foto FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

Baru-baru ini, beberapa individu tempatan telah menimbulkan kegusaran awam khususnya kepada umat Islam apabila dikesan menghina agama Islam di media sosial.

Kes pertama membabitkan seorang wanita apabila videonya tular kerana menghina Islam di pentas komedi sebelum didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, manakala teman lelakinya pula dituduh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya kerana memuat naik kandungan menghina di media sosial.

Selain itu, seorang lelaki berusia 39 tahun dan bekerja sebagai penghantar makanan turut didakwa di Mahkamah Majistret Sepang hari ini kerana menghina umat dan agama Islam serta Nabi Muhammad SAW.

Malah, beberapa hari lalu, dua kes hampir sama turut dilaporkan masing-masing di Kelantan dan Terengganu membabitkan lelaki tempatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI